Sunday 23 March 2014

Bab 8 - Pelajaran 19 - Perubahan bentuk bahan


   1.   Air boleh wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.

   2.   Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain apabila menerima atau kehilangan haba.

   3.   Apabila air dipanaskan, ia akan berubah menjadi wap air (gas).

   4.   Apabila wap air disejukkan, ia akan berubah menjadi air (cecair).

   5.   Apabila air membeku, ia akan menjadi ais (pepejal)

   6.  









Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain melalui proses - proses ini.

 Peleburan

Pembekuan

Pendidihan

Kondensasi

Penyejatan

7.  Faktor - faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air adalah seperti berikut:
    a)  Pergerakan udara (angin)
         Penyejatan berlaku lebih cepat semasa hari berangin
    b)  Suhu persekitaran
         Semakin tinggi suhu, semakin cepat air menyejat
    c)  Luas permukaan yang terdedah
         Air tersejat lebih cepat apabila luas permukaan air yang terdedah adalah lebih besar.

Sifat-sifat Bahan
Rujukan video:


1. Bahan adalah sesuatu yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

2. Bahan wujud dalam bentuk pepejal, cecair atau gas.

3. Contoh - contoh pepejal ialah beg, buku, klip kertas, batu dan bola.

4. Pepejal mempunyai sifat - sifat yang berikut:

  • Mempunyai jisim
  • Mempunyai isipadu yang tetap
  • Mempunyai bentuk yang tidak tetap dan tidak mengambil bentuk bekas yang diisinya.
5. Cecair mempunyai sifat - sifat yang berikut:

  • Mempunyai jisim
  • Mempunyai isi padu yang tetap
  • Tidak mempunyai bentuk yang tetap dan mengambil bentuk bekas yang diisinya
  • Tidak boleh dimampatkan
  • Contoh : air paip, susu, kopi, dakwat dan minyak masak.
  • Sesetengah cecair mengalir lebih cepat daripada cecair yang lain.
6. Gas mempunyai sifat - sifat yang berikut:

  • Mempunyai jisim
  • Tidak mempunyai isi padu yang tetap dan mengambil bentuk bekas yang diisinya
  • Boleh dimampatkan
  • Contoh : udara, wap air, hidrogen dan nitrogen




   




No comments:

Post a Comment