Sunday 23 March 2014

Bab 12 - Pelajaran 28 - Kestabilan dan kekuatan struktur

DIFINISI KEKUATAN STRUKTUR :

Keupayaan struktur untuk Manahan daya yang bertindak ke atasnya.
Struktur yang kuat dapat menampung beban yang berat dan tidak mudah retak, pecah, patah atau runtuh. Kekuatan bergantung kepada jenis bahan yang digunakan.

Bahan yang berbeza mempunyai kekuatan yang berbeza. Contohnya, binaan daripada konkrit lebih kuat berbanding dengan kayu.

 

    Rumah banglo ( bahan binaan : konkrit)          Rumah kayu ( bahan binaan : kayu )

Saiz struktur  
Saiz struktur mestilah sepadan dengan beban yang ditanggungnya.

Bentuk struktur
Struktur yang melengkung lebih kuat daripada bentuk struktur yang rata

 

                       Jambatan                                                             Terowong

Gambar : Jambatan dan Terowong antara struktur yang dibina secara melengkung supaya lebih  kuat

No comments:

Post a Comment