Sunday, 23 March 2014

Bab 10 - Pelajaran 23 - Buruj

 1. Segugusan bintang yang membentuk corak tertentu di langit disebut sebagai buruj.

  2. Buruj dinamakan mengikut coraknya.

  3. Contoh - contoh buruj ialah:

a) Buruj Pari

  

  • Mempunyai corak seperti layang - layang atau palang dan menunjuk ke arah Kutub Selatan. Ia boleh dilihat di antara bulan April dan Jun.

b) Buruj Biduk
   
  • Merupakan sekumpulan tujuh bintang yang terang yang membentuk corak seperti senduk.
  • Buruj ini boleh dilihat di antara bulan April dan Jun.
  • Selain itu, buruj ini juga menunjuk ke arah Kutub Utara.


c) Buruj Skorpio

 


  • Dilihat seperti kala jengking dengan kepala, badan yang panjang, ekor dan sengatnya.
  • Buruj Skorpio boleh dilihat di antara bulan Jun dan Ogos.

c) Buruj Belantik

 
  • Dilihat seperti seorang pemburu dengan tali pinggang serta pedang.
  • Ia boleh dilihat di antara bulan Disember dan Februari.
  • Buruj Belantik menunjuk ke arah Kutub Utara.

Rujukan video:

Kepentingan Buruj


  • Buruj digunakan oleh pengembara untuk menunjuk arah.
  • Buruj juga digunakan oleh petani untuk menentukan masa bagi  aktiviti - aktiviti tertentu seperti penanaman dan penuaian.

 


No comments:

Post a Comment