Sunday 23 March 2014

Bab 12 - Pelajaran 28 - Kestabilan dan kekuatan struktur

DIFINISI KEKUATAN STRUKTUR :

Keupayaan struktur untuk Manahan daya yang bertindak ke atasnya.
Struktur yang kuat dapat menampung beban yang berat dan tidak mudah retak, pecah, patah atau runtuh. Kekuatan bergantung kepada jenis bahan yang digunakan.

Bahan yang berbeza mempunyai kekuatan yang berbeza. Contohnya, binaan daripada konkrit lebih kuat berbanding dengan kayu.

 

    Rumah banglo ( bahan binaan : konkrit)          Rumah kayu ( bahan binaan : kayu )

Saiz struktur  
Saiz struktur mestilah sepadan dengan beban yang ditanggungnya.

Bentuk struktur
Struktur yang melengkung lebih kuat daripada bentuk struktur yang rata

 

                       Jambatan                                                             Terowong

Gambar : Jambatan dan Terowong antara struktur yang dibina secara melengkung supaya lebih  kuat

Bab 12 - Pelajaran 27 - Bentuk-bentuk struktur objek

Apakah bentuk objek yang terdapat disekeliling kita?

Binaan dibina berdasarkan beberapa bentuk asas. Antara bentuk asas ialah:



Berikut merupakan contoh binaan dengan bentuk-bentuk yang berbeza.

 

 

 



Bab 11 - Pelajaran 26 - Fasa-fasa Bulan

Rujukan video:


1. Bulan ialah satelit semula jadi bagi Bumi.

2. Sambil berputar pada paksinya , Bulan juga beredar mengelilingi      Bumi.

Rujukan video:


3. Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada masa ke semasa.

4. Perubahan bentuk Bulan ini berlaku kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan   cahaya Matahari ke Bulan berubah semasa Bulan beredar mengelilingi Bumi.

5. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan.

6. Fasa Bulan terdiri daripada:

  •  Anak bulan
  • Bulan sabit
  • Bulan separa
  • Bulan purnama / penuh
7. Tempoh masa daripada satu fasa ke satu fasa Bulan yang sama ialah 29 ½ hari.




Bab 11 - Pelajaran 25 - Kejadian siang dan malam



Siang dan malam terjadi kerana bumi berputar di atas paksinya mengelilingi matahari. Putaran bumi tersebut menyebabkan sebahagian daripada bumi terdedah kepada cahaya matahari. Ini menyebabkan berlaku siang.




Malam pula berlaku kerana sebahagian lagi bumi terlindung daripada cahaya matahari.




Perbezaan siang dan malam di sesuatu kawasan kecuali di kawasan Garisan Khatulistiwa disebabkan oleh kecondongan bumi iaitu 66 1/2 ° dari satah orbit hemisfera selatan mengalami waktu siang lebih panjang daripada waktu malam pada 22 hb Disember. Matahari berada tegak di Garisan Jadi Sementara semua kawasan hemisfera utara mengalami waktu siang lebih pendek berbanding dengan waktu malam.

          21 Mac dan 23 September apabila matahari berada tegak di Garisan Khatulistiwa, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang. Manakala, apabila matahari berada tegak di Garisan Sartan pada 21 Jun semua kawasan di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada malam. Waktu siang lebih pendek berbanding malam di hemisfera selatan.

Eksperimen:



Anak murid sedang menjalankan eksperimen untuk memahami Fenomena siang dan malam.


Rujukan video:











Bab 11 - Pelajaran 24 - Pergerakan Bumi, Bulan dan Matahari


 1.   Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur.

  2.   Bumi membuat satu putaran lengkap dalam tempoh 24 jam. 

  3.   Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama ia beredar   mengelilingi Matahari.

  4.   Bulan berputar pada paksinya dan pada masa yang sama ia beredar mengelilingi Bumi.

  5.   Bumi dan Bulan beredar mengelilingi Matahari pada masa yang sama.

  6.   Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan perubahan panjang dan kedudukan
  bayang - bayang.


Rujukan video:


      Putaran Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari.

 




Bab 10 - Pelajaran 23 - Buruj

 1. Segugusan bintang yang membentuk corak tertentu di langit disebut sebagai buruj.

  2. Buruj dinamakan mengikut coraknya.

  3. Contoh - contoh buruj ialah:

a) Buruj Pari

  

  • Mempunyai corak seperti layang - layang atau palang dan menunjuk ke arah Kutub Selatan. Ia boleh dilihat di antara bulan April dan Jun.

b) Buruj Biduk
   
  • Merupakan sekumpulan tujuh bintang yang terang yang membentuk corak seperti senduk.
  • Buruj ini boleh dilihat di antara bulan April dan Jun.
  • Selain itu, buruj ini juga menunjuk ke arah Kutub Utara.


c) Buruj Skorpio

 


  • Dilihat seperti kala jengking dengan kepala, badan yang panjang, ekor dan sengatnya.
  • Buruj Skorpio boleh dilihat di antara bulan Jun dan Ogos.

c) Buruj Belantik

 
  • Dilihat seperti seorang pemburu dengan tali pinggang serta pedang.
  • Ia boleh dilihat di antara bulan Disember dan Februari.
  • Buruj Belantik menunjuk ke arah Kutub Utara.

Rujukan video:

Kepentingan Buruj


  • Buruj digunakan oleh pengembara untuk menunjuk arah.
  • Buruj juga digunakan oleh petani untuk menentukan masa bagi  aktiviti - aktiviti tertentu seperti penanaman dan penuaian.

 


Bab 9 - Pelajaran 22 - Sifat-sifat kimia bahan

1.   Bahan yang berlainan mempunyai sifat yang berbeza.

2.   Bahan - bahan boleh dikelaskan sebagai asid, alkali atau neutral.

3.   Kertas litmus digunakan untuk mengenal pasti sama ada suatu bahan adalah berasid, beralkali atau neutral.

4.   Bahan berasid berasa masam dan menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah.

5.   Contoh bahan berasid ialah cuka, oren, nanas, asam jawa dan sos tomato.

6.   Bahan beralkali berasa pahit dan menukarkan warna kertas litmus merah kepada biru.

7.   Contoh bahan beralkali ialah peria, syampu, ubat gigi dan  pencuci.

8.   Bahan neutral tidak berasa pahit atau masam.

9. Contoh bahan neutral ialah garam, gula, air mineral, dan minyak masak.



Ujian Kertas litmus

Rujukan video: