Sunday 23 March 2014

Bab 11 - Pelajaran 26 - Fasa-fasa Bulan

Rujukan video:


1. Bulan ialah satelit semula jadi bagi Bumi.

2. Sambil berputar pada paksinya , Bulan juga beredar mengelilingi      Bumi.

Rujukan video:


3. Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada masa ke semasa.

4. Perubahan bentuk Bulan ini berlaku kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan   cahaya Matahari ke Bulan berubah semasa Bulan beredar mengelilingi Bumi.

5. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan.

6. Fasa Bulan terdiri daripada:

  •  Anak bulan
  • Bulan sabit
  • Bulan separa
  • Bulan purnama / penuh
7. Tempoh masa daripada satu fasa ke satu fasa Bulan yang sama ialah 29 ½ hari.




No comments:

Post a Comment