Sunday, 23 March 2014

Bab 8 - Pelajaran 21 - Kepentingan sumber air

    1.   Air adalah penting untuk semua hidupan.

       2.   Sumber air semula jadi termasuklah sungai, tasik dan kolam.

       3.   Kita memerlukan air untuk pelbagai aktiviti harian seperti minuman, membasuh, mandi     
             dan memasak.

      4.   Air juga digunakan untuk tujuan lain seperti:
  • tempat tinggal bagi sesetengah hidupan
  • bahan mentah bagi industri makanan
5.  Haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk menjalani proses hidup dan juga untuk   
     kemandirian.

6. Pencemaran air disebabkan oleh aktiviti - aktiviti manusia    
    seperti:
  • tumpahan minyak
  • membuang sampah merata - rata
  • penyahutanan
  • membuang bahan buangan bertoksik ke dalam sungai

Rujukan video:


7. Langkah - langkah berikut dapat mengekalkan kebersihan    
    sumber air:

    a)  Tidak membuang sampah ke dalam sungai, tasik atau laut.
    b)  Tidak membina kilang berhampiran sumber - sumber air.
    c)  Merawat kumbahan sebelum mengalirkannya ke dalam sungai.

Bab 8 - Pelajaran 20 - Kitaran air

  1. Pergerakan air secara berterusan dari permukaan bumi ke atmosfera dan kembali semula ke 
   permukaan bumi disebut sebagai kitar air.

   2. Kitar air menyediakan semua hidupan dengan bekalan air yang berterusan untuk kemandirian.

   3. Berikut menunjukkan pembentukan awan dan hujan.

  •  Air dari tasik, sungai, dan laut dipanaskan oleh Matahari, tersejat dan membentuk wap air.
  • Apabila air naik ke atmosfera, wap air menjadi lebih sejuk. Ini menyebabkan wap air terkondensasi dan membentuk titisan air. 
  • Titisan air yang kecil akan berkumpul membentuk awan.
  • Apabila semakin banyak titisan air bergabung, awan menjadi  semakin bet.
  • Apabila awan menjadi sangat berat, titisan air akan jatuh ke bumi sebagai hujan
Rujukan video:



Bab 8 - Pelajaran 19 - Perubahan bentuk bahan


   1.   Air boleh wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.

   2.   Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain apabila menerima atau kehilangan haba.

   3.   Apabila air dipanaskan, ia akan berubah menjadi wap air (gas).

   4.   Apabila wap air disejukkan, ia akan berubah menjadi air (cecair).

   5.   Apabila air membeku, ia akan menjadi ais (pepejal)

   6.  









Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain melalui proses - proses ini.

 Peleburan

Pembekuan

Pendidihan

Kondensasi

Penyejatan

7.  Faktor - faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air adalah seperti berikut:
    a)  Pergerakan udara (angin)
         Penyejatan berlaku lebih cepat semasa hari berangin
    b)  Suhu persekitaran
         Semakin tinggi suhu, semakin cepat air menyejat
    c)  Luas permukaan yang terdedah
         Air tersejat lebih cepat apabila luas permukaan air yang terdedah adalah lebih besar.

Sifat-sifat Bahan
Rujukan video:


1. Bahan adalah sesuatu yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

2. Bahan wujud dalam bentuk pepejal, cecair atau gas.

3. Contoh - contoh pepejal ialah beg, buku, klip kertas, batu dan bola.

4. Pepejal mempunyai sifat - sifat yang berikut:

  • Mempunyai jisim
  • Mempunyai isipadu yang tetap
  • Mempunyai bentuk yang tidak tetap dan tidak mengambil bentuk bekas yang diisinya.
5. Cecair mempunyai sifat - sifat yang berikut:

  • Mempunyai jisim
  • Mempunyai isi padu yang tetap
  • Tidak mempunyai bentuk yang tetap dan mengambil bentuk bekas yang diisinya
  • Tidak boleh dimampatkan
  • Contoh : air paip, susu, kopi, dakwat dan minyak masak.
  • Sesetengah cecair mengalir lebih cepat daripada cecair yang lain.
6. Gas mempunyai sifat - sifat yang berikut:

  • Mempunyai jisim
  • Tidak mempunyai isi padu yang tetap dan mengambil bentuk bekas yang diisinya
  • Boleh dimampatkan
  • Contoh : udara, wap air, hidrogen dan nitrogen




   




Bab 8 - Pelajaran 18 - Pepejal, cecair dan gas

Rujukan video:


Bab 7 - Pelajaran 17 - Kesan haba terhadap bahan

Haba
Panas Atau Sejuk
1. Haba adalah satu bentuk tenaga.
2. Kita boleh merasai haba, tetapi kita tidak boleh melihat haba.
3. Apabila sesuatu bahan menerima haba, bahan itu menjadipanas.
4. Apabila sesuatu bahan kehilangan haba, bahan itu menjadisejuk.
5. Suhu suatu objek adalah pengukuran darjah kepanasan atau kesejukan objek itu.
6. Objek yang sejuk mempunyai suhu yang rendah, manakala objek yang panas mempunyai 
suhu yang tinggi.
7. Unit metrik bagi suhu ialah darjah Celsius (˚C) .
8. Suhu boleh diukur dengan menggunakan termometer.


Eksperimen Haba


Rujukan video:


                                                  Jenis-jenis termometer

Tuesday, 18 March 2014

Bab 6 - Pelajaran 15 - Pantulan Cahaya

Pantulan Cahaya
Cahaya Boleh Dipantulkan
1. Apabila cahaya mengenai sesuatu permukaan, cahaya akan melantun atau memantul.
2. Sifat cahaya ini disebut pantulan.
3. Pantulan cahaya boleh ditunjukkan dalam bentuk gambar rajah sinar.
4.              




  •                   Pantulan cahaya dipengaruhi oleh keadaan permukaan sesuatu objek.
  •            Permukaan yang licin, keras dan berkilat adalah pemantul cahaya yang baik.
5. Contoh pemantul cahaya yang baik ialah cermin.
                               
KEGUNAAN PANTULAN CAHAYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

1. Melihat wajah di cermin



2. Melalui cermin pandang belakang dalam kereta / cermin sisi kereta

3. Cermin di kedai gunting


3.         4. Periskop ( digunakan oleh kapal selam )


4.         
       5. Cermin doktor gigi ( dental mirror)



Bab 7 - Pelajaran 16 - Suhu

Rujukan video: